Friday, April 3, 2009

Percubaan 123

yang taip: tukang masak!!! tukang masak pinjam akaun Minister... malas nak bukak byk blog daaaaaaaa

Hari ini. 27 bungkus nasi lemak. hanya 4 tertarik. alasan. Selera kampung. Gemar. Elemen daun pisang.

Dalam setiap bungkusan: nasi lemak semangkuk kecil. sambal tumis. ikan bilis. timun. telur dadar. tiada daun pisang.

letak kat kedai.

toley kedai beli dengan harga RM0.60. maknanya 60 sen sahaja.

tempoh pemilihan bahan dari wet market ke dry market: 60 minit (bahan dirancang)
tempoh persediaan dari wet kitchen ke dry kitchen:

cut n clean bawang, ikan bilis (beli yang belum kopek..so kena kopek)... cili kering dari panjang jadi kontot (buang biji)... masak atas api...kisar... tumis... timun nak kena cuci dan potong... telur nak dipukul dan di dadar... nasi nak di tanak... setel

then nak set up all these on its packaging...

3-4 hours!!!

hasil hari ini: tak baloi

sok atau lusa atau tulat... cuba lagi dan cuba lagi

pssssssssssstttttttttt: betul ke kalau nak laku kena guna pelaris???? siapa mahir?... huh.. dunia mmg begini.. semua tidak jujur.... ye ke? ada orang nak cuba ceburkan diri dlm bidang ini tapi... ada yang kata "kau jual kosong...pasang ah satu, gerenti jalan nasi lemak ko!!!" menyirap aku dengar..........

yang taip: tukang masak!!! tukang masak pinjam akaun Minister... malas nak bukak byk blog daaaaaaaa

1 comment:

  1. Kalau nak buka bisnes nasi lemak, tanya kakak kau nie... dah 25 tahun berniaga kedai makan di Kajang.

    Kalau berniaga skit-skit, elok kukus nasi lemak tu. Nasi lemak kukus memang sedap dan tahan lama. Tapi kalau dah guna periuk sebesar dua pemeluk tu, elok ler tanak saja. Jimat masa.

    Sambal nasi lemak paling penting. Goreng cili mesti garing. Tapi dlm blog kamu, akak baca resepi kawan kamu, sambal taruh halia. Akak tak guna halia. Ikan bilis jangan goreng garing. Asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Yang membuat sambal tu sedap sebab taruh belacan.

    Kalau hendak tips untuk buka restoran, akak sudi beri petunjuk. Berniaga makan ni memang seronok. Kita perlu sabar dan tabah. Kerana permulaan berniaga memang perit. Terutama bila nasi lemak banyak tak laku. Tak mengapa, sedekah saja dengan siapa yang mahu.

    Pelaris? No, jangan sesekali cari pelaris. Tidak dinafikan, ramai peniaga sanggup ke Indoensia mencari pelaris. Yang penting niat kita berniaga untuk mencari rezeki.

    Seperti yang akak katakan tadi, sedap nasi lemak ni kerana sambalnya. Jadi, pastikan sambal itu betul-betul masak.

    Apa saja mengenai perniagaan makanan ni, sila lah tanya kakak. Jangan segan. Akak sedia membantu. Insya-Allah.

    ReplyDelete